Skip to main content

Dunia

Kapal tangki minyak Jepun lepasi Selat Hormuz

idemitsu maru, reuters
Selepas menghabiskan lebih seminggu di luar Abu Dhabi, kapal Idemitsu Maru memulakan laluannya ke arah Selat Hormuz pada Isnin. - Reuters

TEHRAN: Sebuah kapal tangki milik Jepun yang membawa dua juta tong minyak mentah melintasi Selat Hormuz selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Iran, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik media tempatan.

Idemitsu Maru yang berbendera Panama, diuruskan oleh anak syarikat Idemitsu Kosan, memuatkan minyak mentah di sebuah terminal di Arab Saudi pada awal Mac.

Selepas menghabiskan lebih seminggu di luar Abu Dhabi, kapal itu memulakan laluannya ke arah selat tersebut pada Isnin, menurut Press TV Iran.

Jepun sangat bergantung pada Asia Barat untuk minyak mentah, dengan kebanyakan penghantaran melalui Selat Hormuz.

Penutupan berkesan laluan air strategik itu telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak susulan kebimbangan bekalan.

-- BERNAMA-KYODO

Must Watch Video