Skip to main content

Malaysia

Kebakaran Hutan Simpan Gunung Korbu berjaya dipadamkan

71552058174_GunungKorbuPerak.jpg
Kebakaran di kawasan Hutan Simpan Gunung Korbu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Jumaat.

Sehubungan itu, operasi pemadaman ditamatkan kira-kira jam 1 tengah hari.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menggunakan dron milik Jabatan Perhutanan untuk membuat tinjauan bagi memastikan kawasan hutan yang terbakar telah padam sepenuhnya.

โ€œHasil pemantauan mendapati sayu tompokan asap dan ketua operasi telah mengarahkan untuk membuat tinjauan sekali lagi bagi memastikan ianya benar-benar telah padam,โ€ katanya di sini.

Menurutnya, setelah semua kawasan tiada lagi tompokan asap, operasi ditamatkan kira-kira jam 1 tengah hari.

Kebakaran kira-kira 10 hektar hutan di kawasan itu mula dikesan pagi Selasa dan bomba terpaksa menggunakan teknik โ€˜water bombingโ€™ atau bom air untuk memadamkan kebakaran, dengan bantuan helikopter Unit Udara JBPM.

Must Watch Video