Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 April 2026.

1.Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia

Datuk Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia akibat barah hati awal pagi tadi.

2. Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka

Kedua-dua syarikat berkenaan tidak dikesan melanggar syarat lesen perniagaan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). 

3. TKP Jabatan Alam Sekitar didakwa sekali lagi terima RM9,110 baiki rumah

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan Bukit Bintang antara 18 April 2022 hingga 19 Julai 2024 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

4. Selangor laksana dasar bekerja dari rumah bermula 15 April - Amirudin

Kerajaan Negeri umum beberapa langkah awal termasuk pelaksanaan BDR bagi penjawat awam dalam mengurangkan impak konflik Asia Barat.

5. Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas pengasuh kerana cuai ketika menjaga bayi tersebut di sebuah taska.

6.OPA dilaksana bermula hari ini hingga 9 April, tingkat paras air empangan - Arthur

Pelaksanaan OPA ini akan memberikan tumpuan khusus kepada empangan utama yang terletak di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Johor.

7. Asnida Daim didakwa pada Selasa - Peguam

Anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida Abdul Daim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.

8. 100 ribu penduduk Gaza dapat ‘talian hayat’ jika misi berjaya - MB Selangor

Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dijangka mampu memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk di wilayah bergolak itu.

9. Kajian semula Perintah Gaji Minimum dijangka selesai September ini - Khairul Firdaus

Kajian semula Perintah Gaji Minimum 2024 dijangka dimuktamadkan pada September ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

10. Kapal Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz - Kedutaan Iran

Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di sini.

Must Watch Video