Skip to main content

Malaysia

KDN semak kejadian kapal nelayan, tiga kru 'ghaib' lebih sebulan

71763513403_SaifuddinNasutionI.jpg
SANDAKAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat semakan lanjut berhubung kejadian kehilangan sebuah kapal nelayan Sandakan bersama tiga kru sejak Oktober lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini beliau belum mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, semakan lanjut akan dijalankan oleh pihaknya.

"Tiada dalam maklumat saya... Nanti saya semak dulu," katanya dalam sidang media sempena Majlis Sembang Santai Bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan laporan bertajuk 'Misteri tiga kru kapal nelayan Sandakan 'ghaib' lebih sebulan'.

Kapal milik sebuah syarikat tempatan di Sandakan itu dilaporkan keluar menangkap ikan sebelum hilang dan gagal dikesan.

Semua kru kapal turut gagal dihubungi hingga kini.

Mangsa dikenali sebagai Ramdan Ahzari, Ridwan Muhammad dan Risal Japar. - Sinar Harian





Must Watch Video