Skip to main content

Malaysia

Kaamatan, Gawai perkukuh persaudaraan dalam semangat Malaysia MADANI - Fahmi

[TB]_Pesta Kaamatan dan Hari Gawai_FB Fahmi Fadzil
Fahmi seru rakyat Malaysia untuk terus memelihara warisan, meraikan kepelbagaian budaya dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam semangat Malaysia MADANI. - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara warisan, meraikan kepelbagaian budaya dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam semangat Malaysia MADANI.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, beliau berharap sambutan itu dapat mempererat semangat kekeluargaan, perpaduan, membawa kegembiraan, keberkatan dan rasa syukur dalam kalangan rakyat.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Gayu Guru Gerai Nyamai. Selamat Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya,” katanya.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazan-Dusun, Murut dan Rungus di Sabah hari ini dan esok, manakala Hari Gawai pula disambut pada 1 dan 2 Jun oleh masyarakat Dayak di Sarawak.

Kedua-dua perayaan itu sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement