Skip to main content

Malaysia

Jurujual wanita terbabit kemalangan ragut nyawa dua sahabat direman

61581401171_PemanduWanitaMabu.jpg

Seorang pemandu wanita berusia 47 tahun direman selama empat hari bagi membantu  siasatan kes  kemalangan jalanraya yang meragut dua nyawa  awal pagi Selasa.

Wanita itu dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk mendapatkan perintah reman kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor berkata, wanita tersebut ditahan awal pagi tadi sejurus kejadian berlaku.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing keatas wanita yang bekerja sebagai jurujual itu didapati negatif dadah tetapi kandungan alkohol yang yang diambil melebihi had ditetapkan.

BACA:
Dua maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk

Foto Astro AWANI

Dalam kejadian awal pagi Selasa,  dua sahabat maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh di bahagian belakang oleh  seorang  pemandu wanita disyaki mabuk.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa  meninggal dunia ditempat kejadian setelah terjatuh ke atas jalanraya dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Must Watch Video