Skip to main content

Malaysia

‘Insya-Allah, cukup’ - PM Anwar beri jaminan isu bekalan tenaga negara

RAWANG, 1 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Iman Rawang hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar memberi jaminan isu bekalan tenaga negara mencukupi ketika ditanya mengenai inisiatif kerajaan dalam berdepan isu bekalan tenaga negara yang dijangka mencukupi sehingga Julai ini. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan tenaga negara berada pada tahap mencukupi.

Beliau berkata demikian secara ringkas ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Wangsa Melawati di Wangsa Maju, di sini, hari ini.

“Insya-Allah, cukup,” katanya ketika ditanya mengenai inisiatif kerajaan dalam berdepan isu bekalan tenaga negara yang dijangka mencukupi sehingga Julai ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Jumaat memaklumkan bahawa kerajaan sedang berusaha memastikan bekalan tenaga negara dapat dilanjutkan sehingga Disember ini susulan kesan akibat konflik di Asia Barat.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, setakat ini keterjaminan bekalan tenaga dijangka mencukupi sehingga Julai.

Beliau berkata, pelbagai langkah sedang diambil termasuk mendapatkan sumber dari luar negara.

 

 

Must Watch Video

Advertisement