Skip to main content

Dunia

Erdogan label Netanyahu 'pemerintah zalim', gesa umat Islam bersatu isu Gaza

61674466220_TayyipErdogan.jpg
ERDOGAN: Saya percaya bahawa pemerintah zalim ini akan menerima akibat daripada tindakannya. -Gambar fail

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, mengkritik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam kenyataan sempena Hari Raya Aidiladha.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Camlica di sini hari ini, Erdogan menyifatkan Netanyahu sebagai “pemerintah zalim”.

“Saya percaya bahawa pemerintah zalim ini akan menerima akibat daripada tindakannya,” katanya.

Beliau turut menyeru umat Islam supaya bersatu dalam menghadapi konflik yang sedang berlangsung di Asia Barat.

Kenyataan itu dibuat susulan panggilan telefon antara Erdogan dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam bagi membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta situasi geopolitik semasa.

Menurutnya, Turkiye komited untuk terus menyokong usaha diplomatik ke arah mencapai gencatan senjata.

Perkembangan itu berlaku ketika beberapa negara termasuk Pakistan dan China turut menggiatkan usaha pengantaraan bagi meredakan ketegangan melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

 

 

Must Watch Video

Advertisement