KUALA LUMPUR: FELCRA Berhad menafikan sebarang kaitan dengan penemuan tong bahan kimia berhampiran Ladang Felcra Ayer Hitam, Negeri Sembilan.
FELCRA dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokasi yang dinyatakan merupakan tanah persendirian dan bukan berada di bawah seliaan FELCRA.
“Penemuan telah dikenal pasti semasa rondaan rutin pada 14 April dan tindakan segera diambil dengan membuat laporan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“FELCRA akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan penemuan 26 tong berisi sisa bahan kimia di kawasan kebun kelapa sawit di FELCRA Air Hitam, Seri Jempol.
-- BERNAMA