Skip to main content

Malaysia

Bekas CEO FIC ditahan SPRM

81501498911_SPRMlogo.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.

Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.

Lelaki itu sebelum itu hadir ke ibu pejabat SPRM di sini sejak 9.30 pagi untuk memberi keterangan berkaitan kes berkenaan.

Simi berkata berkata SPRM akan membuat permohonan reman terhadap lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

--BERNAMA

Must Watch Video