KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Amaran sama turut dikeluarkan di Johor membabitkan kawasan Mersing manakala di Sabah, kawasan yang dijangka dilanda cuaca buruk itu ialah Sandakan (Telupid dan Beluran).
-- BERNAMA