Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Mei 2026.

  1. ADUN Skudai, Marina Ibrahim umum tidak bertanding, undur diri daripada politik

    Menurut Marina, beliau kini memilih untuk kembali ke lapangan masyarakat dan meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan yang dekat di hatinya sejak sebelum menceburi dunia politik.

  2. PN tanding semua 28 kerusi DUN pada PRN Melaka

    Pembahagian kerusi akan dimuktamadkan menerusi rundingan bersama parti komponen bagi memastikan strategi terbaik dapat dirangka untuk meraih kemenangan.

  3. Penduduk Putrajaya diminta tidak panik bunyi letupan meriam pada 3 dan 5 Jun

    Bunyi letupan itu susulan pelaksanaan tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia bersempena Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, di Presint 1. 

  4. Perkhidmatan Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam mulai 1 Jun - Loke

    Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi 24 jam sehari bermula tengah malam 1 Jun.

  5. Menteri Pertahanan Norway mohon maaf atas pembatalan lesen eksport NSM kepada Malaysia

    Mohamed Khaled berkata permohonan maaf disampaikan oleh rakan sejawatnya itu dalam pertemuan di luar sidang Dialog Shangri-La IISS di Singapura hari ini.

  6. Pendaki hilang: Tiada rakaman imej Jaslinda di Bukit Berapit 2

    Semakan rakaman kamera pengawasan Perhilitan di laluan Bukit Berapit 2 tidak menemukan sebarang imej pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin.

  7. Pendaki hilang: Operasi SAR Gunung Batu Putih berdepan ancaman hidupan liar

    Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah, berdepan cabaran tambahan apabila pasukan penyelamat mengesan najis dipercayai milik haiwan liar berbahaya, termasuk harimau kumbang di beberapa kawasan operasi.

  8. Persidangan tahunan UMNO bermula esok hingga 12 Julai

    Persidangan tahunan UMNO yang menghimpunkan perwakilan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara akan berlangsung esok hingga 12 Julai ini.

  9. Isu penternakan babi: Izham teliti kenyataan Ronnie Liu jika wujud unsur fitnah melampau

    Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim membidas kenyataan yang dikeluarkan bekas Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, berhubung isu penternakan babi di negeri itu.

  10. Teo Nie Ching berat hati terima berita pengunduran Marina dari politik

    Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menerima pengumuman pengunduran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim pada hari ini dengan berat hati.

     

Must Watch Video

Advertisement