Skip to main content

Hiburan

Izara Aishah cantik macam 'mannequin' di malam berinai

41510855202_izara-aishah-malam-berinai.jpg

UMUM mengetahui pelakon popular Izara Aishah dan pasangannya Adib Khalid bakal melangsungkan pernikahan mereka pada hari ini.

Malam tadi (Khamis), telah berlangsungnya malam berinai bakal raja sehari tersebut yang diadakan di Damansara.

Menariknya, Izara kelihatan sangat cantik dan berseri-seri sehinggakan dia kelihatan seperti ‘mannequin’ yang dipakaikan sari.

BACA: Izara Aishah bertunang dengan Adib Datuk K

Izara kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Shanel Harun dan disempurnakan lagi dengan solekan Syed Faizal Noh.

Majlis tersebut yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.

Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir memeriahkan majlis.

Jom kita tengok beberapa foto yang dikongsi di laman sosial Instagram ini. Serius Izara sangat cantik macam heroin Hindustan!

 

 

 

Majlis berinai #adibizara

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Lip lap lip lap Anak Mami . ✨✨✨

A post shared by shanellharun (@shanellharun) on

 

Must Watch Video