Skip to main content

Hiburan

Anak Aidid Marcello kini bergelar hafiz al-Quran

41729914809_hafizalquran.jpg
Personaliti televisyen popular, Aidid Marcello mengucapkan rasa syukur atas kejayaan anaknya, Muhammad Iman yang kini sah bergelar hafiz al-Quran.

Menerusi perkongsian Akademi Al-Quran AKMAL di TikTok, Iman bersama bapa dan juga ibunya, Norzie Pak Wan Chek hadir bagi majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut, baru-baru ini.

Difahamkan, Iman berjaya menghafaz 30 juzuk di dalam Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.

โ€œWahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk Al-Quran.

โ€œIanya juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.

โ€œMaka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan Al-Quran sepanjang hidup anakanda,โ€ ujarnya.

Sebelum ini, Aidid dan isterinya mengakui membuat keputusan sukar apabila memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah rendah dan menengah aliran perdana untuk dihantar ke sekolah pendidikan agama.

Kata Aidid, dia enggan dituduh riak namun mahu netizen menitipkan doa buat ketiga-tiga anak lelakinya, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim. - Gempak




Must Watch Video