Skip to main content

Dunia

Tujuh maut, termasuk kanak-kanak serangan di sebuah resort

71681689820_TBGUNMEN.jpg
GUANAJUATO: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak selepas beberapa individu menyerang resort La Palma di Guanajuato, Mexico pada Sabtu.

Pihak berkuasa berkata, mereka menemui mayat tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di premis berkenaan.

Seorang lagi ditemui cedera dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Beberapa lelaki dilaporkan menyerbu resort itu pada jam 4.30 petang pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa berkata, lelaki berkenaan melarikan diri selepas kejadian dan membawa bersama kamera litar tutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.

Setakat ini tiada suspek ditahan.

Pihak polis bekerjasama dengan anggota tentera Mexico, termasuk kegunaan helikopter, bagi menyiasat kejadian itu.




Must Watch Video