Skip to main content

Dunia

Trump tetapkan tarif 100 peratus pada import farmaseutikal tertentu

U.S. President Donald Trump signs an executive order to reserve the broadcast on the second Saturday in December exclusively for the Army-Navy football game, during a presentation of the Commander-in-Chief's trophy to the U.S. Navy Midshipmen football team of the United States Naval Academy, at the White House in Washington, D.C., U.S., March 20, 2026. REUTERS/Kylie Cooper. REFILE - ADDING INFORMATION
Trump berkata import terbabitΒ adalah "dalam kuantiti dan dalam keadaan yang mengancamΒ untuk menjejaskan keselamatan negara AS." - Foto fail/REUTERS

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengenakan tarif ad valorem 100 peratus ke atas import farmaseutikal tertentu yang dipatenkan dan bahan farmaseutikal berkaitan, lapor Xinhua.

Dalam perintah eksekutif yang ditandatangani pada Khamis, Trump berkata import terbabit adalah "dalam kuantiti dan dalam keadaan yang mengancam untuk menjejaskan keselamatan negara AS."

Tarif yang dikenakan akan berkuat kuasa pada atau selepas 12.01 tengah malam waktu siang timur pada 31 Julai 2026.

Tarif adalah sebanyak 20 peratus untuk produk syarikat yang mempunyai, atau yang berkemungkinan tidak lama lagi mempunyai, rancangan memindahkan operasi ke negara asal (onshoring) yang diluluskan oleh setiausaha perdagangan AS, namun akan meningkat kepada 100 peratus pada 2 April 2030, menurut perintah itu.

Jepun, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan Switzerland bersama Liechtenstein yang telah mencapai perjanjian perdagangan dengan AS akan dikenakan tarif 15 peratus manakala Britain akan berdepan tarif 10 peratus, menurut perintah itu.

Produk farmaseutikal generik, biosimilar dan bahan berkaitan telah dikecualikan daripada tarif pada masa ini, termasuk ubat nuklear, terapi terbitan plasma, rawatan kesuburan dan terapi sel dan gen, menurut perintah itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video