Skip to main content

Dunia

Stesen minyak meletup, tiga maut di Ireland

81665217048_TBirelandexplosion.jpg
DUBLIN: Tiga orang dilaporkan maut manakala lebih 30 lagi cedera akibat letupan di sebuah stesen minyak di Co Donegal, Ireland pada Jumaat, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Polis Ireland memaklumkan insiden berlaku pada 3 petang waktu tempatan di stesen minyak Applegreen di pinggir Creeslough, Ireland.

Letupan itu turut meranapkan bumbung blok rumah pangsa dua tingkat berhampiran.

-- BERNAMA

Must Watch Video