Menteri Luar Iran memaklumkan, Selat Hormuz dibuka sepenuhnya kepada laluan semua kapal komersial.
Abbas Aragchi dalam satu hantaran di X berkata, perkara itu adalah selaras dengan gencatan senjata di Lubnan.
Beliau menambah kapal-kapal yang melalui selat tersebut akan menggunakan laluan yang telah diselaraskan, seperti diumumkan sebelum ini oleh Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran.
In line with the ceasefire in Lebanon, the passage for all commercial vessels through Strait of Hormuz is declared completely open for the remaining period of ceasefire, on the coordinated route as already announced by Ports and Maritime Organisation of the Islamic Rep. of Iran.
— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) April 17, 2026
Pada 27 Mac, Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengumumkan larangan keras terhadap semua aktiviti perkapalan yang berulang‑alik dari pelabuhan negara sekutu serta penyokong “musuh Israel-Amerika” melalui mana-mana koridor maritim, susulan ketegangan yang terus meningkat di rantau Teluk.
Menurut laporan agensi berita Fars, IRGC menegaskan bahawa Selat Hormuz kini ditutup, dan mana-mana percubaan merentasi laluan strategik itu akan berdepan tindakan keras.
Pengumuman ini selari dengan kenyataan beberapa pegawai kanan IRGC sebelum ini yang memberi amaran bahawa kapal yang cuba melalui selat itu akan diserang atau dibakar.