Skip to main content

Dunia

Ratusan penumpang dipindahkan susulan kebocoran gas di stesen kereta api London

A London station was closed following reports of a suspected gas leak on Thursday, April 30, with a number of passengers reporting they felt unwell, British Transport Police (BTP) said. “We are on scene at Farringdon station. Officers are in attendance, alongside the London Ambulance and the London Fire Brigade, and the station has been evacuated while enquiries are conducted,” police said. Footage filmed by X user @minted_i showed a number of emergency vehicles outside Farringdon station, including multipl
Pihak berkuasa turut mengarahkan orang ramai supaya mengelakkan kawasan stesen serta bangunan pejabat berhampiran, sementara pasukan pakar bahan berbahaya daripada London Fire Brigade sedang mengenal pasti punca kebocoran. -Foto AP

LONDON: Ratusan penumpang dipindahkan dari Stesen Farringdon di pusat bandar London hari ini susulan laporan kebocoran gas yang menyebabkan beberapa individu mengadu kurang sihat.

British Transport Police (BTP) mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.42 pagi waktu tempatan (4.42 petang waktu Malaysia).

Pegawai polis bersenjata dilihat berada di luar stesen berkenaan, manakala pasukan bomba dan perkhidmatan ambulans dikerah menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Ekoran insiden itu, perkhidmatan tren bagi laluan Elizabeth Line dan Thameslink tidak berhenti di Stesen Farringdon sehingga sekurang-kurangnya jam 12 tengah hari waktu London (7 malam waktu Malaysia).

National Rail mengklasifikasikan kejadian berkenaan sebagai insiden besar yang mengakibatkan gangguan meluas terhadap rangkaian pengangkutan awam di ibu kota United Kingdom.

Pihak berkuasa turut mengarahkan orang ramai supaya mengelakkan kawasan stesen serta bangunan pejabat berhampiran, sementara pasukan pakar bahan berbahaya daripada London Fire Brigade sedang mengenal pasti punca kebocoran.

Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan, namun pemeriksaan perubatan masih dijalankan ke atas penumpang yang terkesan.

Must Watch Video