Skip to main content

Dunia

Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam

61707438624_Camilla.jpg
LONDON: Permaisuri Britain, Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada, menurut Istana Buckingham pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Camilla, 77, "sedang gering akibat jangkitan di dada," dan doktor telah menasihatkan baginda berehat untuk tempoh singkat, kata jurucakap istana dalam satu kenyataan.

"Dengan rasa kesal, baginda terpaksa menarik diri daripada acara-acara minggu ini tetapi amat berharap dapat pulih tepat pada masanya untuk menghadiri acara Peringatan hujung minggu ini seperti biasa," kata kenyataan itu.

Tiada butiran lanjut mengenai penyakit atau rawatan baginda didedahkan.

-- BERNAMA





Must Watch Video