Skip to main content

Dunia

Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding

71717260767_KatrinJakobsdottir.jpg
COPENHAGEN: Iceland mengadakan pemilihan presiden baharu pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.

Pengundi kini perlu memilih antara 12 calon, termasuk Katrin Jakobsdottir, yang mengejutkan negara dengan meletak jawatan sebagai perdana menteri pada April untuk bertanding jawatan presiden.

Pusat pengundian dibuka pada Sabtu dari pukul 0900 GMT. Keputusan awal dijangka diumumkan pada pukul 2200 GMT.

--BERNAMA-dpa


Must Watch Video