Skip to main content

Dunia

Pembinaan Jeddah Tower capai tingkat ke-100, bakal dinobat bangunan tertinggi dunia pada 2028

https://www.youtube.com/watch?v=dmHBmmTsR9I
Projek mercu tanda bernilai kira-kira RM5.3 bilion itu kini telah melepasi pembinaan tingkat ke-100 selepas kerja pembinaan disambung semula oleh pemaju Jeddah Economic Company (JEC). -Foto YouTube Thornton Tomasetti

RIYADH: Arab Saudi mempercepatkan pembinaan menara mega Jeddah Tower yang bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian melebihi satu kilometer.

Projek mercu tanda bernilai kira-kira RM5.3 bilion itu kini telah melepasi pembinaan tingkat ke-100 selepas kerja pembinaan disambung semula oleh pemaju Jeddah Economic Company (JEC).

Kingdom Holding Company yang menerajui pembangunan tersebut turut mengesahkan kontrak baharu bernilai 7.2 bilion riyal (kira-kira RM7.6 bilion) telah dimeterai bersama Saudi Binladen Group bagi menyiapkan baki struktur menara.

Menurut JEC, pembinaan kini berjalan lancar dengan sasaran disiapkan sepenuhnya, termasuk struktur puncak menara, menjelang tahun 2028.

Menara setinggi lebih 1,000 meter itu akan merangkumi lebih 167 tingkat dan menempatkan hotel, ruang pejabat, pusat komersial serta platform tinjauan yang dijangka menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Bangunan ikonik itu direka oleh arkitek Adrian Smith dengan struktur segi tiga khusus bagi menahan tekanan angin pada ketinggian tinggi.

Jeddah Tower merupakan sebahagian daripada pembangunan mega Jeddah Economic City bernilai lebih AS$20 bilion yang menumpukan kepada pembandaran moden di kawasan North Obhur.

Projek tersebut sebelum ini ditangguhkan sejak 2018 ketika pembinaan berada pada kejauhan sekitar tingkat ke-60 susulan beberapa isu domestik.

 

Must Watch Video

Advertisement