Skip to main content

Dunia

Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan

61709801835_tbFrankfurtairport.jpg
ISTANBUL: Gangguan besar dijangka berlaku di Lapangan Terbang Frankfurt pada Khamis berikutan mogok kakitangan keselamatan, lapor Agensi Anadolu memetik amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

Pusat pemeriksaan keselamatan akan ditutup pada Khamis berikutan mogok, dan penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Frankfurt tidak dapat melepasi pemeriksaan keselamatan yang diwajibkan undang-undang.

"Mogok itu akan menyebabkan gangguan besar dan pembatalan penerbangan sepanjang hari," menurut lapangan terbang itu pada X.

Lapangan terbang itu menasihatkan penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan atau operator perjalanan mereka mengenai jadual penerbangan masing-masing.

Kesatuan kakitangan Ver.Di melancarkan mogok pada Selasa berhubung rundingan gaji.

-- BERNAMA

Must Watch Video