Skip to main content

Dunia

Korban tragedi bangunan runtuh di Filipina meningkat kepada 12

AP
Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini tertumpu kepada usaha mengesan lapan lagi individu yang masih hilang. -Gambar fail/AP

MANILA: Jumlah kematian akibat runtuhan bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan di Angeles City, Pampanga meningkat kepada 12 orang.

Peningkatan angka korban itu disahkan selepas pasukan penyelamat Biro Perlindungan Kebakaran (BFP) Central Luzon menemukan satu lagi mangsa di bawah runtuhan awal pagi tadi.

Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini tertumpu kepada usaha mengesan lapan lagi individu yang masih hilang.

Operasi berdepan cabaran apabila pasukan penyelamat perlu membersihkan sisa runtuhan konkrit dan besi menggunakan peralatan khas.

Kejadian pada 24 Mei lalu itu turut meragut nyawa seorang warga Malaysia berusia 65 tahun yang berada di sebuah hotel berhampiran selepas bangunan tersebut runtuh.

Siasatan awal mendapati projek berkenaan hanya mendapat kelulusan pembinaan sehingga sembilan tingkat, namun kerja tambahan didakwa dilakukan di tingkat lebih tinggi tanpa kebenaran.

Pasukan SAR pelbagai agensi terus menjalankan operasi secara berhati-hati berikutan struktur runtuhan yang masih tidak stabil.

 

Must Watch Video

Advertisement