BEIRUT: Serangan tentera Israel di selatan Lubnan mengorbankan Datuk Bandar Jouya, Fawzi Fawaz, serta Ahli Majlis Perbandaran, Abbas Baalbeki, menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) yang memetik kenyataan Kesatuan Perbandaran Daerah Tyre.
Menurut NNA, pasukan Israel melancarkan beberapa serangan ke atas bandar tersebut, mengakibatkan beberapa kematian.
Fauzi dan Abbas dilaporkan enggan meninggalkan penduduk mereka dan memilih untuk terus membantu di lapangan sebelum kedua-duanya terbunuh dalam serangan itu.
Kesatuan Perbandaran Tyre menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta penduduk Jouya yang terkesan dengan kejadian tragis tersebut.
Akhbar L’Orient-Le Jour turut melaporkan serangan berkenaan, dengan wartawannya menyatakan bahawa kejadian berlaku pada awal petang Selasa.