Skip to main content

Dunia

Pesawat RAF bawa Setiausaha Pertahanan UK alami gangguan isyarat dekat sempadan Rusia

Falcon 900LX
Gangguan itu dilaporkan menyebabkan sistem GPS pesawat tidak berfungsi sepanjang penerbangan selama tiga jam. - Gambar hiasan

ISTANBUL: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja (RAF) yang membawa Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK) John Healey, dilaporkan mengalami gangguan isyarat berhampiran sempadan Rusia, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan The Times pada Ahad.

Menurut laporan The Times, isyarat satelit pada pesawat kerajaan yang dinaiki Healey terganggu pada Khamis ketika beliau dalam perjalanan pulang ke UK selepas melakukan lawatan ke tenggara Estonia.

Gangguan itu dilaporkan menyebabkan sistem GPS pesawat tidak berfungsi sepanjang penerbangan selama tiga jam.

Menurut laporan itu lagi, gangguan turut menjejaskan komputer riba dan telefon pintar di dalam pesawat, memaksa juruterbang menggunakan sistem navigasi inersia alternatif untuk menentukan kedudukan pesawat.

Rusia dipercayai dalang di sebalik insiden itu, menurut laporan berkenaan.

Seorang daripada juruterbang menggambarkan kejadian itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dialaminya “sejak sekian lama”.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement