Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Menteri Luar Iran ke Beijing untuk rundingan dengan rakan sejawat China

AP
Sepanjang lawatan berkenaan, Araghchi (kiri) dijangka bertemu rakan sejawatnya dari China, Wang Yi bagi membincangkan hubungan dua hala selain perkembangan serantau dan antarabangsa. - Gambar fail AP

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, dijadualkan mengadakan lawatan ke Beijing sebagai sebahagian daripada “rundingan diplomatik berterusan dengan pelbagai negara”, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu pada Selasa.

Sepanjang lawatan berkenaan, Araghchi dijangka bertemu rakan sejawatnya dari China bagi membincangkan hubungan dua hala selain perkembangan serantau dan antarabangsa, menurut kenyataan itu tanpa memberikan butiran lanjut.

Araghchi sejak beberapa minggu kebelakangan ini giat mengadakan siri lawatan diplomatik berisiko tinggi bagi meraih sokongan antarabangsa serta menangani konflik berterusan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel.

Sementara itu, Kementerian Luar China memaklumkan di laman sesawangnya bahawa Araghchi akan melawat China “atas jemputan” pada 6 Mei dan akan mengadakan rundingan dengan Menteri Luar, Wang Yi. - Agensi

Must Watch Video