NAMA bintang sensasi Brazil, Neymar Jr, bertebaran di media sosial berikutan dakwaan menampar rakan sepasukannya yang berusia 18 tahun, Robinho Jr, dalam satu sesi latihan pasukan baru-baru ini.
Tetapi, situasi tersebut seperti sudah berakhir susulan pelukan mesra di antara kedua-dua pemain mencuri perhatian tatkala Neymar meraikan jaringannya menentang Recoleta sebentar tadi.
Terdahulu, khabar angin menyatakan satu insiden pergaduhan berlaku selepas Robinho Jr menggelecek Neymar, sehingga bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu dikatakan merasakan dirinya tidak dihormati.
O abraço e a comemoração entre Neymar e Robinho Jr.
🎥 @giuaraki (IG) pic.twitter.com/gqRwuB1r6c— Planeta do Futebol 🌎 (@futebol_info) May 6, 2026
Ada yang mengatakan Robinho secara sengaja berlebihan, sekali gus membangkitkan kemarahan pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu dan berlaku pertengkaran.
Gol tunggal Neymar gagal membantu Santos meraih tiga mata apabila tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-86. -- Stadium Astro