SUKU pertama 2026 sudah berakhir dan Counterpoint Research berkongsi data 10 model telefon pintar dengan jualan tertinggi.
Empat daripadanya adalah iPhone, lima lagi adalah Samsung Galaxy dan satu Redmi.
Apple iPhone 17 ialah model dengan jualan tertinggi dengan pegangan 6% pasaran.
Ini diikuti pula oleh iPhone 17 Pro Max, iPhone 17 Pro dan Samsung Galaxy A07 4G.
Data menarik di sini ialah tidak ada satu model Samsung Galaxy S26 memasuki senarai ini.
Kesemua peranti Galaxy dalam senarai ialah peranti kelas pertengahan (A56) dan permulaan (A17).
Satu-satunya peranti bukan Samsung dan Apple ialah Redmi A5 yang juga adalah peranti kelas permulaan.
Data Counterpoint selari dengan pengumuman kewangan yang dilakukan Apple minggu lalu yang mengatakan siri iPhone 17 ialah iPhone paling laku dalam sejarah.
Pendapatan iPhone pada suku lalu meningkat 22% berbanding suku sama tahun 2025.
Perubahan besar pada bonggol kamera membuatkan ramai membeli iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max kerana dapat dilihat peranti yang dibeli ialah model paling baharu.
Kewujudan iPhone 16 dalam senarai juga tidak mengejutkan kerana ia antara model paling laku 2025 dengan ia kini ditawarkan pada harga lebih mampu milik.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini juga, iPhone Air tiada dalam senarai kerana sambutan rendah tidak dibantu oleh bateri kecil serta hanya satu kamera disertakan.