Skip to main content

Dunia

Ketua baharu Hezbollah, Naim Qaseem akan ‘kuatkan’ pertahanan - Presiden Iran

51730235076_SheikhNaimQassemMaso.jpg
PRESIDEN Iran, Masoud Pezeshkian berkata, pelantikan Naim Qassem menggantikan Hassan Nasrallah sebagai ketua Hezbollah akan "menguatkan" lagi pertahanan.

Pezeshkian menyatakan keyakinan beliau bahawa pelantikan Qassem "akan menguatkan kehendak penentangan" sambil mengharapkan "pemberhentian pencerobohan oleh rejim haram Zionis dan penubuhan keamanan, kedamaian dan keselamatan di Gaza, Lubnan, dan seluruh wilayah", menurut ke laman webnya.

Pada Selasa, Hezbollah mengumumkan Qassem sebagai ketua baharunya.

Qassem yang berusia 71 tahun sering dirujuk sebagai orang "nombor dua" dalam Hezbollah.

Beliau merupakan sarjana Islam yang mengasaskan kumpulan itu pada awal 1980-an dan mempunyai sejarah panjang dalam aktivisme politik Syiah.






Must Watch Video