ISFAHAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah berjaya menjatuhkan sebuah pesawat Amerika Syarikat, C-130 di selatan Isfahan hari ini.
Menurut Pusat Maklumat Penguatkuasaan Undang-Undang, operasi tersebut dilaksanakan oleh unit khas pasukan polis Iran dengan kerjasama masyarakat awam.
Difahamkan pesawat berkenaan dipercayai menceroboh ruang udara Iran dalam misi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang kru pesawat F-15E Strike Eagle yang ditembak jatuh pada Jumaat.
Bagaimanapun, pihak IRGC tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk masa sebenar dan kaedah operasi itu dijalankan.
“Pesawat musuh Amerika yang sedang mencari juruterbang pesawat pejuang yang ditembak jatuh itu telah dimusnahkan oleh para pejuang Islam di wilayah selatan Isfahan,” katanya menerusi akaun telegram agensi Mehr News hari ini.
Rakaman yang disiarkan Press TV pula menunjukkan bangkai pesawat didakwa jenis C-130 dalam keadaan hangus selepas terhempas di kawasan tanah lapang.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan operasi SAR berjaya menyelamatkan kru terbabit yang dilaporkan mengalami kecederaan, namun dijangka pulih sepenuhnya.
Menurut laporan media Iran, percubaan tentera Amerika Syarikat untuk menyelamatkan kru terbabit didakwa mengakibatkan beberapa aset ketenteraan AS musnah dalam operasi berkenaan.
Antaranya ialah sebuah pesawat pejuang F-15, dua pesawat A-10, dua helikopter Black Hawk, dua dron Hermes dan MQ-9, sebuah pesawat tangki C-130 serta sebuah pesawat pengangkut.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan operasi SAR berjaya menyelamatkan kru terbabit yang dilaporkan mengalami kecederaan, namun dijangka pulih sepenuhnya.