Skip to main content

Malaysia

Portal belitiketselamat.my jadi rujukan rasmi pengguna pantau penipuan tiket - Fahmi

KUALA LUMPUR, May 25 -- Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil (left) with Federal Territories Minister Hannah Yeoh (second, left), Live Nation Malaysia Managing Director Paramananthan Rajagopal (middle) and Head of Brand and Marketing Services of CelcomDigi Chan May Ling (second, right) officiate the KL Headline 2026 during the Official Media Launch of KL Headline 2026, here today.  Kuala Lumpur is set to host 25 international music performances throughout 2026 under the newly launched KL Headline Seas
Fahmi (kiri) bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh (dua dari kiri); Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal (tengah) dan Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling (dua dari kanan) merasmikan KL Headline 2026 sempena Majlis Pelancaran Media Rasmi KL Headline 2026, pada Isnin. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini mempunyai platform rujukan khusus bagi memerangi ulat tiket dan penipuan iklan konsert susulan pelancaran portal belitiketselamat.my, kata ​Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, portal di bawah Kempen Beli Tiket Selamat (BTS) itu membolehkan peminat seni tanah air menyemak kesahihan tiket sebelum melakukan sebarang transaksi.

​“Iklan tiket palsu tersebar dengan begitu pantas di media sosial dan aplikasi pemesejan, malah ada yang muncul hanya beberapa minit selepas sesuatu acara diumumkan, khususnya apabila tiket rasmi telah habis dijual,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Prapelancaran Kempen Beli Tiket Selamat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Fahmi berkata, inisiatif strategik selama 24 bulan itu akan memperkukuh usaha intervensi pihak berkuasa menerusi perkongsian data yang lebih tersusun antara industri dengan kerajaan.

​“BTS tidak menggantikan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Sebaliknya, portal ini memperkukuh usaha penguatkuasaan dengan menyediakan risikan yang boleh diambil tindakan untuk menyokong intervensi yang lebih pantas,” katanya.

​Selain portal, Fahmi berkata, kempen itu turut menempatkan meja bantuan di lokasi acara bagi membolehkan mangsa penipuan mendapatkan bantuan laporan NSRC dalam tempoh hanya 15 minit.

​Langkah proaktif itu diambil bersempena dengan KL Headline Season 2026 yang dijangka menarik ribuan penonton ke ibu kota untuk menyaksikan pelbagai konsert bertaraf antarabangsa.

​-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement