Skip to main content

Malaysia

Tindakan tegas dalang rosak ekosistem marin guna bom ikan di Semporna

SANDAKAN, Jan 12 -- Sabah Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Jafry Ariffin delivers a speech at the launching ceremony of the Bornean Sun Bear Conservation Centre’s (BSBCC) entrance foyer, as well as the Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre’s information centre and the Sepilok Boardwalk, at BSBCC today.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Jafry mengarahkan pihak pengurusan Taman-Taman Sabah untuk memperkukuh langkah strategik dengan segera, termasuk aspek penambahan aset bot, pengunaan teknologi dron dan mewujudkan pos kawalan tetap di kawasan berisiko tinggi. - Gambar Bernama

SEMPORNA: Kerosakan fizikal ekosistem marin di Tapak Restorasi Terumbu Karang Pulau Selakan di sini akibat aktiviti bom ikan yang dikesan baru-baru ini, bakal mengundang tindakan undang-undang yang tegas daripada kerajaan negeri Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, insiden yang memusnahkan kawasan seluas 15 meter persegi itu, telah meranapkan usaha pemuliharaan terumbu karang yang dijalankan secara berterusan oleh pelbagai pihak sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata, penilaian Unit Penyelidikan Marin Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) pada Isnin mengesahkan sekurang-kurangnya 10 struktur reef star terjejas, membabitkan kemusnahan spesies karang penting termasuk Acropora, Pocillopora dan Montipora.

“Anggaran awal menunjukkan kos penyelenggaraan dan pemulihan kawasan yang terjejas boleh mencecah RM96,000, manakala kerosakan terhadap struktur reef star pula dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas mengenai kejadian pada 23 Mei lepas itu, Jafry berkata, suspek dipercayai telah melarikan diri, sebelum pasukan penguatkuasaan tiba berikutan faktor sempadan laut yang terbuka luas serta kekangan aset logistik di lapangan.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan pihak pengurusan Taman-Taman Sabah untuk memperkukuh langkah strategik dengan segera, termasuk aspek penambahan aset bot, pengunaan teknologi dron dan mewujudkan pos kawalan tetap di kawasan berisiko tinggi.

Jafry menegaskan, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan kelestarian biodiversiti serta imej pelancongan Sabah, selain meminta komuniti maritim tempatan membantu menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement