KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia, pada awal pagi Selasa, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan, gempa itu berlaku pada 4:39 pagi dengan kedudukan koordinat 1.0 darjah Utara dan 126.2 darjah Timur.
Pusat gempa terletak kira-kira 125 kilometer tenggara dari Bitung, Indonesia, pada kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.
Kata MetMalaysia, gempa dengan kedalaman seperti ini berpotensi dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa, namun, tiada laporan kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
MetMalaysia juga memberitahu, akan terus memantau perkembangan dan akan mengeluarkan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan.