TEHRAN: Iran menegaskan tidak akan menerima sebarang perjanjian bagi menamatkan konflik dengan Amerika Syarikat (AS) tanpa jaminan penuh terhadap hak rakyatnya.
Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf berkata pendirian itu disuarakan dalam persidangan secara maya Majlis Syura Islam hari ini.
“Tiada kepercayaan terhadap janji musuh. Kriteria kami adalah untuk mencapai hasil yang nyata sebelum memenuhi sebarang komitmen,” katanya, menurut laporan media tempatan.
Kenyataan itu dibuat sejurus beliau mengangkat sumpah jawatan selepas dilantik semula sebagai Speaker bersama barisan kepimpinan parlimen yang baharu.
Ghalibaf berkata Iran tidak akan berkompromi dalam rundingan diplomatik selagi sekatan ekonomi terhadap negara itu tidak ditarik balik sepenuhnya.
Setakat ini, pihak White House belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi berhubung kenyataan tersebut.