Skip to main content

Dunia

Iran adakan upacara pengebumian Larijani, Ketua Basij yang terkorban dalam serangan AS-Israel

People gather for the funeral of Iranian security chief Ali Larijani and victims of the IRIS Dena warship at Enghelab Square, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 18, 2026. REUTERS/Alaa Al Marjani
Upacara pengebumian pegawai tinggi keselamatan Ali Larijani dan Ketua Pasukan Basij Gholamreza Soleimani, yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel, diadakan pada Rabu di ibu negara Iran, Tehran. - Foto REUTERS/Alaa Al Marjani

TEHRAN: Upacara pengebumian pegawai tinggi keselamatan Ali Larijani dan Ketua Pasukan Basij Gholamreza Soleimani, yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel, diadakan pada Rabu di ibu negara Iran, Tehran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media Kerajaan Iran.

Menurut Press TV, upacara itu dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai yang berhimpun untuk memberi penghormatan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

Pihak berkuasa Iran menyatakan Larijani terbunuh pada awal  Selasa dalam serangan yang turut meragut nyawa anak lelakinya Morteza, pembantunya Alireza Bayat, beberapa kakitangan majlis, serta pengawal peribadi.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran mengesahkan kematian Soleimani dalam serangan AS-Israel pada hari yang sama.

Larijani dan Soleimani merupakan antara pegawai tertinggi yang terkorban sejak meletusnya perang AS-Israel ke atas Iran pada penghujung bulan lepas.

AS dan Israel meneruskan serangan bersama ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Iran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global serta sektor penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video