ISTANBUL: Rundingan tidak langsung antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini di ibu negara Oman, Muscat, dengan perbincangan dijangka tertumpu kepada program nuklear Tehran dan penarikan balik sekatan, lapor media Iran pada Rabu.
Agensi Berita Anadolu yang memetik agensi berita separa rasmi, Tasnim News Agency melaporkan bahawa rundingan itu akan diadakan secara tidak langsung dengan Oman bertindak sebagai tuan rumah.
Agenda rundingan itu akan dihadkan kepada fail nuklear dan sekatan yang dikenakan terhadap Iran, kata agensi itu.
Tasnim melaporkan bahawa Iran dijangka diwakili oleh Menteri Luar Abbas Araghchi, manakala pihak AS akan diwakili oleh utusan khas Steve Witkoff.
-- BERNAMA