PARIS: Eropah mungkin hanya mempunyai kira-kira enam minggu bekalan bahan api jet sekiranya gangguan bekalan semasa berterusan, kata Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Fatih Birol pada Khamis, lapor Xinhua.
Birol memberi amaran pembatalan penerbangan mungkin berlaku tidak lama lagi jika bekalan minyak terus terjejas susulan konflik berterusan di Asia Barat, menurut laporan media berbahasa Perancis L'actualite.
Beliau menyifatkan situasi itu berpotensi menjadi krisis tenaga terbesar pernah dihadapi, berpunca daripada gangguan aliran minyak, gas dan sumber penting lain melalui Selat Hormuz.
Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap ekonomi global, kata Birol, sambil memberi amaran bahawa semakin lama gangguan itu berlarutan, semakin serius implikasinya terhadap pertumbuhan ekonomi global dan inflasi.
-- BERNAMA-XINHUA