Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 April 2026.

1. Universiti Malaya mohon maaf isu adegan teater tidak sopan, tidak kompromi pihak langgar peraturan

Universiti Malaya (UM) memandang serius isu yang tular membabitkan adegan persembahan teater yang didakwa tidak sopan di media sosial baru-baru ini.

2.  Kekayaan 50 individu terkaya Malaysia cecah US$116 bilion pada 2026 - Forbes

Gabungan kekayaan 50 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus kepada US$116 bilion (RM458.2 bilion) pada 2026, berbanding US$90 bilion (RM355.5 bilion) setahun sebelumnya, didorong pertumbuhan ekonomi, pengukuhan ringgit dan pasaran tawaran IPO yang kukuh, menurut Forbes.

3.  Piala Uber: Peluang mewakili Malaysia satu keistimewaan - Thinaah

Jaguh beregu wanita negara, M. Thinaah menyifatkan setiap peluang mewakili negara untuk Piala Uber sebagai satu keistimewaan dan bukannya beban, meskipun menggalas tanggungjawab besar, yang mengharapkan beliau dan gandingannya, Pearly Tan dapat menyumbang mata.

4.  Konflik Asia Barat: Malaysia-Australia teliti langkah segera pastikan bekalan tenaga kekal stabil

Perkara itu dibincangkan bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, termasuk keperluan domestik kedua-dua negara dalam sektor tenaga.

5. Siti Nurhaliza terbabit kemalangan, alami cedera ringan

Biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.2 Lebuhraya MEX hari ini.

6.  Selangor lancar pakej ekonomi RM130.4 juta, fokus tangani kos sara hidup

Menteri Besar berkata, pakej fasa pertama itu merangkumi langkah jangka pendek dan sederhana bagi mengurangkan impak krisis terhadap rakyat.

7. Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul

Orang ramai diingatkan supaya tidak memperlekehkan usaha diplomasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana kepentingan politik sempit, kata Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah.

8. Anak realisasi impian terakhir Ahmad Nawab menerusi 'Sentuhan Emas'

Lebih enam dekad mewarnai industri seni dengan lebih 2,000 karya ikonik, legasi muzik seniman Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab kini didokumentasikan untuk rujukan generasi akan datang.

9. Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik sebelum bekal kepada Australia - PM Anwar

Malaysia akan mengutamakan keperluan bahan api domestik sebelum membekalkan sebarang lebihan kepada Australia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10. Cadangan pisah peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, sebelum Jun - Azalina

Kerajaan sedang memperhalusi cadangan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya selain menjangkakan ia mampu mencapai keputusan dasar sebelum Jun ini.


 

Must Watch Video