Skip to main content

Advertisement

Dunia

Hubungan Malaysia-Kanada sama usia dengan Hari Malaysia

71568711257_kanada.jpg
Hubungan Malaysia dengan Kanada terus melakarkan sejarah tersendiri.

Dari sudut perubatan, pendidikan sehinggalah keselamatan, kerjasama kedua-dua negara akan terus terjalin.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Datuk Noraini Abd Hamid, lebih banyak kerjasama boleh dimeterai bersama negara itu.

"Hubungan diplomatik Malaysia-Kanada secara rasmi pada tahun 1957, hubungan mesra ini menyaksikan kerjasama ketara bidang perdagangan pelaburan dan pertahanan serta keselamatan." jelasnya dalam satu kenyataan.

Datuk Noraini sebelum ini menyerahkan Surat Kepercayaan kepada Gabenor Jeneral Kanada, Julie Payette pada 9 September lalu.

Beberapa sektor penting juga jelasnya boleh diteroka dengan kerjasama kerajaan Kanada antaranya pelancongan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, sains dan teknologi serta kesaksamaan gender.



Must Watch Video