Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan

81711262915_GempaBumiGeneric.jpg
HUALIEN : Gempa bumi besar dengan magnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan, hari ini sekali gus menyebabkan amaran tsunami di selatan Jepun dikeluarkan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), pusat gempa terletak kira-kira 18 kilometer (11 batu) di selatan bandar Hualien.

Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat. - Agensi

Must Watch Video