Skip to main content

Dunia

Bom Perang Dunia Kedua seberat 500kg dimatikan di Berlin

81689330153_bomb.jpg
BERLIN: Bom Perang Dunia Kedua seberat 500 kilogram (kg) yang ditemukan di bahagian timur Berlin telah dimatikan pada petang Khamis selepas 15,000 penduduk daripada 27 blok flat dipindahkan, kata polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemindahan itu termasuk memindahkan penghuni tiga taska, tiga sekolah, sebuah transit murid dan kedai, kata polis.

Polis dalam ciapannya di Twitter mengumumkan bom telah dimatikan dan semua penutupan ditarik balik.

Pekerja pada Selasa menemukan bom Perang Dunia Kedua di sebuah gelanggang tenis.

Kira-kira 350 anggota polis terlibat dalam pemindahan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video