Skip to main content

Advertisement

Bisnes

Maxis lancar kempen tukar SIM 3G dengan ganjaran RM1 juta

81492848256_Maxis.jpg
Pelanggan Maxis dan Hotlink yang menukar kad SIM 3G mereka kepada kad 4G, kini boleh menyertai kempen yang menawarkan ganjaran tunai bernilai RM1 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata Kempen ''RM1 juta Tukar Sim 3G'' itu disasarkan kepada pelanggan Maxis dan Hotlink yang menaik taraf kad mereka kepada kad SIM 4G.

"Bermula Selasa ini (25 April), pelanggan yang dapat menukar kad SIM itu secara automatiknya akan layak untuk menyertai kempen berkenaan," katanya.

Kempen itu diadakan dalam tiga pusingan iaitu masing-masing pada 3, 16 dan 31 Mei, 2017

-- BERNAMA

Must Watch Video