Skip to main content

Bisnes

Harga minyak susut susulan harapan konflik Asia Barat hampir tamat

minyak, oil_AP
Niaga hadapan minyak mentah Brent susut lebih 1 peratus kepada AS$98.05 setong setakat 00.21 GMT. - Gambar hiasan

TOKYO: Harga minyak global menurun apabila pasaran Asia dibuka pada Jumaat, didorong oleh keyakinan bahawa konflik di Asia Barat mungkin menghampiri penghujungnya susulan gencatan senjata antara Israel dan Lubnan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut lebih 1 peratus kepada AS$98.05 setong setakat 00.21 GMT, manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) turut jatuh ke bawah AS$94 setong.

Harga minyak sebelum ini melonjak kira-kira 50 peratus pada Mac, mencatat kenaikan rekod susulan konflik AS–Israel dengan Iran.

Walaupun baru-baru ini kembali turun di bawah paras AS$100 setong, harga masih kekal dalam lingkungan AS$90 sepanjang minggu ini.

Sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kenyataan Presiden AS, Donald Trump, yang memaklumkan bahawa pegawai AS mungkin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat Iran pada hujung minggu ini di Pakistan.

Pelabur dilihat mengambil kira perkembangan diplomatik itu sebagai petanda positif yang berpotensi mengurangkan risiko gangguan bekalan tenaga global, khususnya di Asia Barat yang memainkan peranan penting dalam pasaran minyak dunia.

 

Must Watch Video