Wartawan berperanan membentuk minda masyarakat - MB Terengganu
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan wartawan memainkan peranan besar sebagai benteng membina masyarakat yang matang dan celik maklumat. Beliau turut menekankan kepentingan kewartawanan berintegriti dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat, selain merakamkan penghargaan kepada pengamal media sempena HAWANA 2026.