Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Wawasan PNB dalam penciptaan nilai mampan masa depan

Wawasan PNB dalam penciptaan nilai mampan masa depan

Diwujudkan sejak lebih empat dekad lalu iaitu pada tahun 1978, misi Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah untuk menggalakkan keterangkuman kewangan serta kemakmuran rakyat Malaysia. Namun, tidak hanya terhenti di sana, usaha untuk mengimbangi keuntungan dengan pelaburan sosial sejajar misi meningkatkan kekayaan rakyat terus diperluaskan dengan misi serta DNA terbaharunya iaitu dalam penciptaan nilai mampan. Ia direalisasikan dibawah Rangka Kerja Kelestarian yang mana sebanyak RM10 bilion disuntik dalam menjayakan misi ini.