Skip to main content

Advertisement

SPM bukan penentu muktamad masa depan

SPM bukan penentu muktamad masa depan

Pencapaian calon SPM 2022 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali ini berdasarkan catatan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada 2021.

Dalam masa yang sama, jurang pencapaian calon SPM tahun 2022 antara bandar dan luar bandar telah semakin mengecil, iaitu sebanyak 0.03 mata berbanding SPM tahun 2021.