Skip to main content

Advertisement

"Vape bukan sepenuhnya selamat" - Pakar Respiratori

"Vape bukan sepenuhnya selamat" - Pakar Respiratori

Kajian dilakukan Pakar Perubatan Respiratori,Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 2021 mendapati, vape bukan suatu aktiviti yang sepenuhnya selamat.

Dr. Wong Chee Kuan berkata, hasil kajian dan temuramah mendapati, lapan daripada kira-kira 900 pesakit yang dimasukkan ke wad kerana Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) mempunyai gejala vaping product use-associated lung injury (Evali).