Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Vandalisme | Pelajar akan mengikuti khidmat komuniti

Vandalisme | Pelajar akan mengikuti khidmat komuniti

Sekumpulan pelajar yang didapati terlibat dengan kejadian vandalisme di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Pulau Pinang akan mengikuti khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak lagi berulang.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dalam kenyataan pada Sabtu, tindakan sewajarnya telah diambil oleh pihak sekolah dengan memanggil pelajar-pelajar bersama ibu bapa atau waris mereka pada Sabtu bagi membincangan isu berkenaan.