Skip to main content

Advertisement

Vaksinasi | Usah pandang remeh, MIS-C boleh bawa maut

Vaksinasi | Usah pandang remeh, MIS-C boleh bawa maut

Ibu bapa usah memandang remeh tentang vaksinasi kerana anak-anak lebih berisiko mengalami sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MIS-C) sekiranya tidak disuntik.

Kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik ICU Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Gan Chin Seng, MIS-C boleh merosakkan organ dalaman sehingga menyebabkan kegagalan fungsinya seterusnya membunuh pesakit itu.